PSORIASIS.MY

Penyakit kulit, kegatalan kulit, gigitan serangga dan kulit terbakar

APA ITU PSORIASIS?


Penyakit kulit
yang berpanjangan dan berulang. Ianya terjadi kerana gangguan sistem imun badan yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit lebih cepat iaitu 2 hingga 3 hari berbanding 21 hingga 28 hari dalam keadaan biasa. Proses ini menyebabkan sel-sel ini bergerak ke atas kulit dengan cepat yang menjadikan kulit muncul sebagai tompok-tompok merah dengan sisik-sisik ‘keperak-perakan’ yang tebal dipermukaan kulit.
Biasanya psoriasis tidak menyebabkan masalah kesihatan yang buruk. Tetapi diantara dua puluh pesakit psoriasis, seorang mungkin mengalami masalah sendi seakan-akan penyakit sengal sendi. Jikalau psoriasis sudah tenat dan meliputi sebahagian luas kulit, masalah lain mungkin timbul. Psoriasis adalah penyakit kulit tidak berjangkit.

psoriasis tangan
psoriasis

PUNCA-PUNCA PSORIASIS

punca psoriasis

Psoriasis tidak dapat dikesan apakah punca utamanya. Akan tetapi, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan terjadi penyakit kulit psoriasis. Antaranya adalah:

 

  1. Pengamalan ubat-ubatan.
  2. Tekanan diri
  3. Penyalahgunaan alkohol
  4. Keturunan genetik
  5. Jangkitan kuman.
  6. trauma kulit.
Apa yang ada dalam LCS Preskripsi Ancestral anti gatal?

PENDERITAAN PSORIASIS

 

Kajian global yang dijalankan oleh Novartis berjudul "Clear about Psoriasis" mendedahkan bahawa hampir 40 peratus pesakit psoriasis juga mengalami keadaan psikologi akibat penyakit kulit mereka. Beberapa pesakit juga menghadapi kemurungan dan kecemasan akibat keadaan mereka, sehingga mungkin untuk mereka akan terpengaruh secara fizikal dan emosi. Ketidakpekaan orang awam terhadap keadaan ini telah menambahkan penderitaan pesakit, malah menyebabkan gangguan psikologi.

KOMPLIKASI PSORIASIS

 

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

∗ Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki.

∗ Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki.

TANDA-TANDA PSORIASIS

sisik psoriasis
tompok merah psoriasis
gatal psoriasis
Apa yang ada dalam LCS Preskripsi Ancestral anti gatal?

JENIS-JENIS PSORIASIS

vulgar (plaque-like)
gultate psoriasis
inverse psoriasis
psoriatic eryhthrodema
pustular psoriasis
psoriasis vulgaris
psoriasis gultate
psoriasis inverse
psoriatic erythroderma
psoriasis pustulur(pustular)